Thursday, November 19, 2009

ni lah aku









jangan jadi macam aku

Saturday, November 14, 2009

battlefield? iye ke?

aku tenung kertas2 soalan trial spm yang patot aku buat tu. bersih je lagi, yang berjawab pon 2-3 soalan je. kertas tu punya banyak dekat sama tinggi dengan 6 yellow pages yang bertindih. haisshh.. 'nanti' aku buat la.

aku tengok pulak buku2 revision. banyaknya, yang tak baca lagi banyak. yang tak pernah dibuka langsung pon ada. takpe la, 'nanti' aku buat la.


aku tengok pulak jadual spm, tinggal 2 hari setengah je. bila aku nak cover chapter2 yang dah terlupa tu? rilek la, masih ada masa lagi kalau bersungguh2. 'nanti' aku usaha la.



tengah hari selalunya panas, berpeluh. ishh, macam mana nak belajar nih. tunggu petang teduh sikit la..

hmm, tidur time2 petang camni mesti best. malam kang takda la mengantuk. 'nanti' malam kang aku belajar la.

dah malam, apsal axn tayang cerita ghost rider pulak nih. aku kene tengok citer tu.. 'nanti' abis cerita ni aku belajarlah. malam masih muda..

best betul cerita tu, kalau kepala aku berapi kan best, habis la cikgu azmi tak berani lagi gunting rambut aku pasni.. arghhhhhhh, ngantuk la pulak..alaaa, set je la alarm pkol 3.30. orang cakap pagi2 senang belajar.. zzzzzzzzzzzzzzzzzz~~~~

kringggggg!!!! kringggg!!!!!kringgg!! babi betul la! aku nak tidur!!




ianya berterusan selama beberape minggu belakangan ini.

syaitan suka 'NANTI' tau.
















kepada semua pembaca aku yang aku kasihi dan aku hormati. doakan kesejahteraan aku boleh?.




battlefield? mana ada sampai macam tu~

Friday, November 6, 2009

tolong extand zaman persekolahan aku lagi setahun tanpa exam boleh?

uwaaaaaaaaaa, hari2 rasa mau main. sekolah memang best.



tadi bulat(bukan nama sebenar) jatuh sipi2 nak kena tahi anjing disebabkan menari salsa terlampau over. sekolah memang tempat yang ada ramai orang kelakar.


tadi juga hutang dengan cikgu eddie ketuk ketampi sebab tak pakai tie dan tak ada lencana, cikgu sekolah memang suka denda sebab bende kecil. haishhhh..


tadi gelak besar dalam kelas cikgu azrina, bapak best kalau hari2 sekolah macam tu.


kat sekolah boleh cakap pundek, kepala babi, kepala jimbit, telur, bangsat dan haramjadah kuat2 dekat kawan. kat rumah kena cakap senyap2, kalau depan mak bapak boleh cakap dalam hati je. bebas betul sekolah.

kadang2 kalau tengah marah boleh tumbok kawan yang tertentu. seronok gila.



kat kelas aku pegang title raja ranjo, hari2 mesti dajal orang. semalam conteng seluar shin chan masa dia tengah tidur. aku tulis bodoh dekat bontot dia. padan muka, siapa suruh tidur dalam kelas. gila babi best, nanti dah tak sekolah takkan aku nak ranjo mak aku dekat rumah pula. adui2

kat sekolah boleh kacau makcik kantin yang banyak mulut itu. kadang2 boleh marah makcik kantin sebab bagi nasik goreng telur lambat. rasa macam kurang hajar tapi tak ada niat pon. best gila walaupun kadang2 nasik goreng 2 tak sedap..kenapa la kat rumah tak ada kantin sekolah.. adeyhhh..


...................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................................

lagi sebulan dah nak habis sekolah.. haram jadah punya sedih.


kau tak rasa sekolah tempat paling bahagia ke?

kenapa ada yang suka sangat ponteng sekolah? mesti tak reti menyesuaikan diri kan?

we do not need a station to play.

if u play as a student, then u will know how great is school.
















fakta pelik dari prof.KR: kasut kulit sekolah lebih busuk dari kasut kanvas sekolah

Saturday, October 31, 2009

heiyakkk!!! wachaaaaa!!


nyot, nyot, nyot, nyot.




huaaaaaaaaa, aku ni malas tahap kronik. tak sedar diri nak ambil spm lagi 17 hari. tadi buat add math paper 2, baru buat 3 soalan dah mencarot. biarkan, masa depan bukan ditentukan dengan keputusan add math.



buat masa sekarang aku banyak dengar lagu2 punk, band2 punk yang otai ni dah jarang orang layan, kalau aku survey handset2 member selalunya akan dipenuhi dengan lagu2 hardcore dan bintang akademi fantasia sahaja. cis, apa punya taste lah.


seingat aku, zaman aku sekolah rendah, dalam darjah 5/6 itu culture punk dan skin head memang terkenal. sekitar ipoh akan dipenuhi dengan remaja2 rambut tercacak ataupun botak yang memakai boots. kalau pergi yik foong mesti rasa takut sikit sebab ramai budak punk dan skin. tapi sekarang, macam dah berkubur je.

punk not dead.

aku percaya falsafah ni. bukannya bermaksud budak2 punk ni takkan mati. tapi culture punk ni akan terus sampai bila2.







artis independent bila nak cacakkan rambut? dah bosan tengok rambot panjang serabai dan berkaca mata hitam

Saturday, October 24, 2009

lion maru G


haha.. bagi kawan2 aku semua, aku ni memang dah sinonim dengan kamen rider. ko cakap la hero omputih tu hebat ke, kacak ke, tough ke, aku still dengan kamen rider. kamen rider #1!!

tapi kali ini aku tak nak cerita pasal kamen rider. cukup pasal itu semua. aku nak kenal kan kau semua dengan satu hero jepun yang baru yang lebih kurang sama cool dengan kamen rider. tapi version tak berapa kacak dan kelakar haram(kelakar 18sx).


cerita ni sesuai untuk insan yang bosan dah on9. tak tahu nak buat ape dan apa2 sahaja. korang try search lion maru G dekat youtube. follow cerita dia dari episod satu sampai .... ntah, aku pon belum khatam lagi. takyah cakap banyak, lion maru G memang giler!!!!



















*aku tengok hero cerita ni aku teringat kat zizan raja lawak. mungkin diorang sama sengal

Tuesday, October 13, 2009

dragon ball+wrestling

hari ini aku bangun tidur, tengok cermin masih tidak kacak sama sahaja seperti semalam. mesti tak ada perempuan mintak biodata kat aku hari ini. cehhh



disebabkan sedikit sedih dengan ketidakkacakkan diri(aku masih bersyukur tau!). aku memulakan penulisan hina ini! yeahh



kisah ini mengisahkan seorang budak sekolah yang bernama karim. karim ialah pelajar tingkatan lima yang tidak kacak. contoh mudah, karim sedikit sahaja tidak kacak dari kau(sorry).


namun begitu, karim mempunyai perasaan minat dan suka pada seorang gadis di sekolahnya. gadis itu bernama enot. enot lawa. dia ikat rambut jenis ada 2 siput di bahagian kepalanya. dia paling hot di sekolah menengah kebangsaan taman jasmin.


karim telah lama merasakan bibik2 cinta dalam dirinya terhadap enot. dengan self confidence yang gila punya rendah, dia tidak mahu terus terang dengan enot. dia selalu fikir dirinya terlalu hodoh untuk enot.


nak dijadikan cerita, pada suatu hari, sedang karim mengemas rumah, dia terlihat sebuah gadjet yang sedikit pelik. dia berlari dengan pantas mendapatkan ibunya. ibunya bernama bulma.


lalu karim bertanya kepada ibunya "omak! apo mondo ni haaa??" emaknya membalas dengan muka terkesima "ehh janggg, mano kau dapek mondo ni, dah lamo omak cari tak dapek2. ini la namonyo dragon ball radar!". "deregen bol rada? apo gunonyo?" soal karim. "ekau ni botol la lombab, omak soh tengok tv kau sebok baco buku, poei la kau baco sendiri buku dragon ball dalam bilek omak 2. omak ado suson dokat rak"

dengan rasa ingin tahu yang mendalam, karim lekas2 berlari2 anak ke bilik emak. karim bersungguh2 membaca komik tersebut untuk mengetahui rahsia di sebalik dragon ball.. akhirnya dia berjaya memiliki rahsia kehebatan dragon ball!


kebetulan pula waktu itu sudah hampir waktu alam persekolahan. jadi karim mengambil keputusan untuk menghabiskan cutinya untuk mencari dragon ball..


bermulalah pengembaraan yang hebat dari karim dalam usaha untuk mengumpul dragon ball.



setelah genap sepurnama, karim berjaya mengumpulkan ketujuh-tujuh biji dragon ball. maka keluarlah dewa naga yang bermisai panjang itu untuk mengabulkan permintaan darinya.


"arghhhhhhh, da lamo ambo idok hirop udaro soga nih. apo tue hambo nok?" soalan diajukan oleh dewa naga kepada karim.. "esei nak jadi hensem!" dengan konfiden karim menjawab. "hensem? cubo ghoyak jelah sikik, hensem rupo sapo?" dewa naga agak lampi. aikkk... karim bermonolog dalam hati. "aku memang nak jadi hensem, tapi hensem macam siapa? adoi... haaaa!! aku da dapat" sekarang dia sudah berhenti bermonolog. "jadikan aku hensem seperti The Rock!" karim memohon dengan penuh harapan dia dapat menjadi sekacak idolanya di zaman kegemilangan wwf dahulu. "thats easy sungguh!" kata dewa naga.

dalam sekelip mata sahaja wajah yang kurang kacak karim itu berubah seratus peratus sama seperti the rock. badannya juga sasa seperti the rock. karim gembira tidak terkata. kini dia benar2 konfiden untuk meluahkan isi hatinya kepada enot.


tiba di sekolah, karim dengan bangganya berjumpa dengan enot. lalu dia berkata. "hai, my name is karim, would you be my girl?" dengan senyuman yang sungguh memualkan..

lantas enot berkata. "sorry, aku minat stone cold"



perchhhhhhhghh!!!! ten net tenenenet dichh tenet tenenenet.. dichh!! soundtrack stone cold ketika mahu memasuki gelanggang berkumandang di hati karim.





sleng negeri2 itu sangat teruk. aku tibai ikot dan sahaja

Thursday, October 8, 2009

kepala jimbit aku

kau bosan? ini akan menjadi lebih dari satu penyesalan sebab dah baca blog aku yang terlalu bosan ini.

fuck. idea kering lagi mau tunjok pandai tulis blog. what a shame la cL.

disebabkan aku menulis ini tanpa hala tuju dan matlamat yang jelas. aku akan menggunakan formula cikgu sekolah rendah aku yang bernama teacher dewi.*dia pakai kain belah sampai atas lutot tau!* use the 5 wife and 1 husband. who,what,why,when,where, and how..


apa la aku merepek ni. jahanam





ok. bosan

siapakah yang selalu bosan? aku?kau?mereka?kita?ikan laga yang aku letak dalam bekas kecil? semua pon mesti selalu bosan. bosan sangat tidak seronok bagi aku,kau,mereka,kita,dan ikan laga yang aku letak dalam bekas kecil. ini adalah individu yang ada rasa bosan. bosan la ayat aku. jahanam kali kedua


apa itu bosan? bosan ialah perkataan pelemah semangat yang merundumkan mood dalam diri setiap insan yang normal. orang gila tak bosan. mereka boleh menyanyi riang pada bila2 masa. bosan juga kalau asyik berfikir pasal bosan. lebih baik membosankan diri dari memikirkan tentang bosan. yeah. sekarang aku rasa macam sudah lebih bosan!


mengapa kita bosan? ini kerana kita tidak pandai memanfaatkan masa dengan baik dan juga tidak mempunyai skill untuk membunuh masa. great people always have the weapon to kill the time. bi aku macam celaka. mari ludah aku.


bila kita akan bosan? selalunya waktu kelas kimia, bi dan kelas2 yang cikgunya hanya masuk untuk menghalalkan gaji. bukan untuk mendidik dengan sebenar2nya. bosan juga menyerang tanpa mengira masa. masa tidur pon kadang kala boleh jadi bosan kalau mimpinya tidak menarik.


di mana kita akan bosan? zoo taiping bosan. jangan ajak cikgu anda buat rombongan di sana. di padang pasir pon bosan. paling bosan ialah di rumah shin chan(kawan aku). jangan katakan tv. radio pon tiada. hari2 tengok rumpot tumbuh.


bagaimana mahu hilangkan bosan? elakkan membaca blog bosan seperti ini.




teacher dewi, your formula is suck you know?!!



entry kali ini telah mencatat 24 perkataan bosan. campur yang penerangan ini sudah jadi 25, wow! dari membosankan diri lebih baik mengingati kisah 25 rasul. pasti tidak bosan.

sekarang sudah jadi 26 bosan. 27.



habis juga bosannya.

28.